23-25 OGOS 2024M | 18-20 SAFAR 1446H (JUMAAT-AHAD) – PROGRAM PERMATA REMAJA, KEM MOTIVASI PELAJAR 2024 Program telah dianjurkan oleh Unit Dakwah Masjid Wilayah Persekutuan pada 23-25 Ogos 2024 bertempat di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor. Peserta merupakan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan seramai 40 orang bersama 4 guru pengiring. Antara pengisian program dan aktivti adalah sesi ice breaking, rempuh halangan, water confident, senamrobik dan sesi pengisian rohani. Seramai 11 orang urusetia terlibat mengendalikan program tersebut yang diketuai oleh YBrs. Us. Syapol Ma’arof bin Mohd, PPK Unit Kebajikan dan Sosial dan Ybrs. Us. Jamal Zaidi bin Ismail, PPK Unit Khidmat Pengurusan MWPKL.
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan misi sumbangan bencana alam di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi ini melibatkan penyerahan bantuan kepada tujuh keluarga penerima yang terjejas.
Program dimulakan dengan sesi penyerahan air mineral kepada Pasukan Keselamatan Bencana Alam, diikuti dengan bantuan makanan dan keperluan asas seperti biskut, bantal, selimut, dan tuala kepada keluarga yang memerlukan. Penyerahan dilakukan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Jamal bin Abdul Halim.
Selain itu, sumbangan juga disampaikan kepada Urusetia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Melawati. Semua penyerahan berjalan dengan lancar, dan penerima bantuan menyatakan rasa syukur atas sumbangan yang diterima.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas oleh bencana alam, serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat. Diharapkan inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai individu dan keluarga yang memerlukan.



