27 NOVEMBER 2024M | 25 JAMADILAWAL 1446H (RABU) -31 Disember 2024 / 1 Rejab 1446H bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan telah berlangsungnya Program Malam Sejuta Selawat Bersama Sejuta Satu Umat, satu program menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW dan memperkukuh iman dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini.
Program dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Khalid bin Isa, Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diikuti dengan Tausiyah khas bertajuk "Mengisi Iman Mendepani Cabaran" oleh penceramah jemputan.
Program diteruskan dengan menunaikan Solat Isyak berjemaah dan diikuti dengan membaca surah Al-Mulk bersama-sama yang juga dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Khalid bin Isa.
Kemuncak program diteruskan dengan lantunan Qasidah dan Selawat beramai-ramai, serta Munajat dan Muhasabah yang dipimpin oleh ulama terkenal, AlFadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.
Program diteruskan dengan detik ambang tahun baru dengan lantunan selawat secara beramai- ramai dalam menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan. Semoga program ini menjadi medan penghayatan rohani yang mendalam, sekaligus mengeratkan lagi hubungan sesama ummah.
Semoga kehadiran kita menjadi saksi kecintaan kepada Rasulullah SAW dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Salam 1 Rejab 1446h & Salam Tahun Baru 2025




