Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam

Misi Sumbangan Bencana Alam
'}}
Misi Sumbangan Bencana Alam

17 OKTOBER 2024M | 14 RABIULAKHIR 1446H (KHAMIS) -Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan misi sumbangan bencana alam di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi ini melibatkan penyerahan bantuan kepada tujuh keluarga penerima yang terjejas.

Program dimulakan dengan sesi penyerahan air mineral kepada Pasukan Keselamatan Bencana Alam, diikuti dengan bantuan makanan dan keperluan asas seperti biskut, bantal, selimut, dan tuala kepada keluarga yang memerlukan. Penyerahan dilakukan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Jamal bin Abdul Halim.

Selain itu, sumbangan juga disampaikan kepada Urusetia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Melawati. Semua penyerahan berjalan dengan lancar, dan penerima bantuan menyatakan rasa syukur atas sumbangan yang diterima.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas oleh bencana alam, serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat. Diharapkan inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai individu dan keluarga yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

' skin='skin1'}}

Pautan Agensi

HUBUNGI KAMI

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI


Copyright © 2025 | Masjid Websiber